Rabu, 9 Januari 2019

Belanjawan kelas Pemulihan

Di sini cikgu nak kongsikan belanjawan tahunan 2019 kelas pemulihan cikgu.
cikgu juga turut sertakan kertas kerja untuk program sepanjang tahun. semoga bermanfaat untuk semua.






Ikhlas :

RPT rancangan pengajaran tahunan pemulihan 2019

 Assalamualaikum dan selamat tahun baharu 2019. Tahun baharu RPT pun kena diperbaharui. Di sini cikgu kongsikan RPT Pemulihan mengikut minggu persekolahan Kumpulan B.








Ikhlas :

Ahad, 21 Oktober 2018

Pemetaan Bahaha Melayu mengikut kemahiran Pemulihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cikgu nak kongsikan pemetaan Bahasa Melayu mengikut 32 kemahiran (Tekan SINI untuk pergi ke post berkenaan) kelas Pemulihan yang mana cikgu-cikgu boleh gabungjalin mengikut Konstruk Linus. Ini sangat membantu. Cikgu boleh juga tambahbaik ikut kesesuaian murid-murid kelas cikgu sendiri. 


Pemetaan Bahasa Melayu Pemulihan (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

32 Kemahiran Pemulihan

Assakamualaikum dan Salam Sejahtera..

Di sini cikgu nak kongsikan pula 32 Kemahiran yang terdapat dalam program Pemulihan Khas.
Yang mana hanya 12 konstruk dalam Linus. 
Kemahiran tersebut hampir sama cuma ianya lebih teliti dan jelas.



32 Kemahiran (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

Jadual Pencapaian Penguasaan Murid Pemulihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersiaran kali ini cikgu nak kongsikan jadual yang cikgu buat untuk melihat tahap kemajuan ataupun penguasaan anak-anak murid Permata Bestari sepanjang tahun 2018.
Tahap penguasaan ini cikgu nilai daripada keputusan Saringan 1 dan Saringan 2 Linus NKRA bilangan 1 dan 2. 
Semoga memberi manfaat kepada rakan-rakan guru semua.


Unjuran linus dan kemahiran murid Pemulihan (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

Selasa, 16 Oktober 2018

Jadual Kehadiran Murid Pemulihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini cikgu nak kongsikan jadual kehadiran murid-murid ke kelas pemulihan. Jadual ini cikgu sekalikan untuk semua murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cikgu akan tandakan setiap kali murid cikgu masuk ke kelas pemulihan.


Jadual kehadiran murid pemulihan (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

Surat untuk rujukan murid Pemulihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini cikgu nak kongsikan surat berkaitan yang perlu cikgu-cikgu Pemulihan sediakan untuk rujukan murid ke hospital untuk tujuan diagnosis. Surat ini juga digunakan semasa program Outreach di Tahun 3 yang mana murid akan berjumpa dengan pakar perubatan yang dikumpulkan khas untuk membuat pengesahan sekiranya murid ada mempunyai masalah pembelajaran (MBK).

BPKh01 (Tekan SINI untuk download) ialah surat untuk memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga murid sebelum murid mendapatkan rawatan.


BPKh02 (Tekan SINI untuk download) ialah surat untuk pemeriksaan perubatan  doktor di hospital berkenaan.
Cikgu boleh la view dulu kemudian download jika dirasakan perlu.

Ikhlas :