Ahad, 21 Oktober 2018

Pemetaan Bahaha Melayu mengikut kemahiran Pemulihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cikgu nak kongsikan pemetaan Bahasa Melayu mengikut 32 kemahiran (Tekan SINI untuk pergi ke post berkenaan) kelas Pemulihan yang mana cikgu-cikgu boleh gabungjalin mengikut Konstruk Linus. Ini sangat membantu. Cikgu boleh juga tambahbaik ikut kesesuaian murid-murid kelas cikgu sendiri. 


Pemetaan Bahasa Melayu Pemulihan (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

32 Kemahiran Pemulihan

Assakamualaikum dan Salam Sejahtera..

Di sini cikgu nak kongsikan pula 32 Kemahiran yang terdapat dalam program Pemulihan Khas.
Yang mana hanya 12 konstruk dalam Linus. 
Kemahiran tersebut hampir sama cuma ianya lebih teliti dan jelas.



32 Kemahiran (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

Jadual Pencapaian Penguasaan Murid Pemulihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersiaran kali ini cikgu nak kongsikan jadual yang cikgu buat untuk melihat tahap kemajuan ataupun penguasaan anak-anak murid Permata Bestari sepanjang tahun 2018.
Tahap penguasaan ini cikgu nilai daripada keputusan Saringan 1 dan Saringan 2 Linus NKRA bilangan 1 dan 2. 
Semoga memberi manfaat kepada rakan-rakan guru semua.


Unjuran linus dan kemahiran murid Pemulihan (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

Selasa, 16 Oktober 2018

Jadual Kehadiran Murid Pemulihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini cikgu nak kongsikan jadual kehadiran murid-murid ke kelas pemulihan. Jadual ini cikgu sekalikan untuk semua murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cikgu akan tandakan setiap kali murid cikgu masuk ke kelas pemulihan.


Jadual kehadiran murid pemulihan (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

Surat untuk rujukan murid Pemulihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini cikgu nak kongsikan surat berkaitan yang perlu cikgu-cikgu Pemulihan sediakan untuk rujukan murid ke hospital untuk tujuan diagnosis. Surat ini juga digunakan semasa program Outreach di Tahun 3 yang mana murid akan berjumpa dengan pakar perubatan yang dikumpulkan khas untuk membuat pengesahan sekiranya murid ada mempunyai masalah pembelajaran (MBK).

BPKh01 (Tekan SINI untuk download) ialah surat untuk memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga murid sebelum murid mendapatkan rawatan.


BPKh02 (Tekan SINI untuk download) ialah surat untuk pemeriksaan perubatan  doktor di hospital berkenaan.
Cikgu boleh la view dulu kemudian download jika dirasakan perlu.

Ikhlas :

Isnin, 15 Oktober 2018

Takwim Pemulihan 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Di bawah ini ialah contoh Takwim kelas pemulihan cikgu untuk Tahun 2018. Semoga Bermanfaat untuk tahun depan ya..


Takwim Pemulihan (Tekan SINI untuk download)

Ikhlas :

RPH Layout

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini cikgu nak kongsi templet untuk RPH yang cikgu buat hari-hari untuk anak-anak murid cikgu sebelum pdpc bermula. Ya.., cikgu masih menggunakan tulisan tangan. Memang agak leceh, tetapi bagi cikgu yang ada anak dua ini, masa untuk menghadap laptop hanya di sekolah. Untuk selamat, cikgu tulis tangan saja.


contoh rph cikgu (Tekan SINI untuk download)

Upgrade Kelas

Assalamualaikum semua... 
untuk post yang pertama kali ini, cikgu nak kongsi persekitaran kelas cikgu SEBELUM dan SELEPAS diceriakan semula. Usaha ini cikgu lakukan dengan bantuan rakan guru di sekolah cikgu. Alhamdulillah, selama hampir 1 bulan 1/2 cikgu balik lewat petang sekitar jam 5. Kami berdua berjaya menghasilkan transformasi keceriaan yang di luar pemikiran cikgu. Kami sendiri tak menyangka bahawa kami berdua berjaya menghasilkannya. Syukur, Alhamdulillah. Orang yang menjadi tulang belakang cikgu yang bersama-sama menceriakan kelas Permata Bestari ialah  JENG JENG JENG

Puan Sarahah Binti Ismail 
(Ketua Panitia Bahasa Melayu merangkap Ketua Keceriaan Sekolah) 
Berikut di bawah adalah gambar-gambarnya. Jom la cuci mata !









 BILIK BBM/MULTIMEDIA (Tema Musim Salju)







 BILIK RUANG KERJA (Tema musim luruh)








RUANG FAIL KELAS DAN MURID (Tema musim bunga)







RUANG PEMBELAJARAN - Sudut Bahasa Melayu (Tema musim bunga)





RUANG TERAPI (Tema musim bunga)





RUANG PEMBELAJARAN -Sudut Matematik (Tema musim bunga)






LUAR KELAS PEMULIHAN PERMATA BESTARI


Sekian, terima kasih semua. Semoga cikgu akan terus istiqamah. HAHAHA